Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014

Sertai pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 bertemakan ' Proton City Car 2020' dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik yang ditawarkan termasuk  wang tunai, komputer riba Macbook yang dilengkapi perisian reka bentuk serta menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Rekabentuk Kreatif Proton. Peraduan ini terbuka untuk rakyat Malaysia berumur antara 13 hingga 25 tahun dan ianya berlangsung mulai hari ini sehingga 4 Ogos. Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 terbahagi kepada 2 kategori iaitu umur 13-17 tahun dan 18-25 tahun. Peserta boleh mengemukakan sehingga tiga penyertaan yang terdiri daripada saiz A3 lakaran kereta termasuk 3/4 bahagian depan, sisi dan pemandangan belakang, melalui pos atau secara dalam talian ke citycar2020.proton.com

Putrajaya Floria Competition 2014

Bagi anda yang meminati seni fotografi..Kini anda berpeluang untuk mempamerkan bakat anda di Putrajaya Floria Photography Competition dan berpeluang menang hadiah-hadiah menarik. Pertandingan terbahagi kepada dua ketegori, iaitu Ketegori A ( 18 tahun ke atas ) dan ketegori B ( 17 tahun Ke bawah ). Hadiah-hadiah yang ditawarkan; Kategori A:  Hadiah Pertama : RM 3000.00 + Sijil Penyertaan  Hadiah Kedua   : RM 2000.00 + Sijil Penyertaan  Hadiah Ketiga   : RM 1000.00 + Sijil Penyertaan Kategori B Hadiah Pertama : RM 1000.00 + Sijil Penyertaan  Hadiah Kedua   : RM 800.00 + Sijil Penyertaan  Hadiah Ketiga   : RM 500.00 + Sijil Penyertaan  Peraduan dan Pesta Floria berlangsung pada 14 dan 15 Jun 2014. Untuk maklumat lanjut sila layari.. http://floriaputrajaya.com.my/competition/photography-competition-2/

Peraduan Cari 10 Kelainan Piala Dunia Kosmo-Auramen

Sertailah Peraduan Cari 10 Kelaianan Piala Dunia 2014 di Akhbar Kosmo bermula esok, 6 Jun 2014, bersempena Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Hadiah keseluruhan RM110,000 untuk dimenangi oleh pembaca dan peminat Sukan Bola Sepak khususnya Piala Dunia 2014. Untuk menyertainya, anda hanya perlu membeli sabun muka lelaki Auramen Super Advanced sebagai syarat untuk menyertai peraduan Cari 10 Kelainan Piala Dunia 2014. Untuk maklumat lanjut sila layari  www.aurawhite2u.com