Sertai Peraduan di Malaysia

Facebook
RSS

Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014

-
Marzuki Mohd


Sertai pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 bertemakan ' Proton City Car 2020' dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik yang ditawarkan termasuk  wang tunai, komputer riba Macbook yang dilengkapi perisian reka bentuk serta menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Rekabentuk Kreatif Proton.
Peraduan ini terbuka untuk rakyat Malaysia berumur antara 13 hingga 25 tahun dan ianya berlangsung mulai hari ini sehingga 4 Ogos. Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 terbahagi kepada 2 kategori iaitu umur 13-17 tahun dan 18-25 tahun.
Peserta boleh mengemukakan sehingga tiga penyertaan yang terdiri daripada saiz A3 lakaran kereta termasuk 3/4 bahagian depan, sisi dan pemandangan belakang, melalui pos atau secara dalam talian ke citycar2020.proton.com

Leave a Reply